21 March 2011

Misteri di Marikh.NASA Menipu seluruh masyarakat Dunia?

Lagenda kehidupan di Planet Marikh telah dimulai oleh seorang penulis, ahli perniagaan dan juga ahli astronomi, Parcivel Lawrence Lowell. Lowell menyakini bahawa Planet Marikh berpenghuni setelah berjaya meneliti rupa bumi planet Marikh yang menyerupai sebuah terusan dengan menggunakan teleskop berkuasa tinggi miliknya.
Beliau yang juga menjadi perintis kepada penemuan planet Pluto telah mencetuskan lagenda kehidupan di planet Marikh sejak daripada detik tersebut. Liputan meluas media mengenai idea Lowell telah menyemarakkan penulis terkenal, H. G. Wells untuk menghasilkan sebuah novel paling terkenal pada dekadnya, War of the Worlds. Novel tersebut antara lainnya mengisahkan makhluk asing daripada planet Marikh telah menyerang bumi dan penduduknya sehingga mencetuskan kekacauan dan huru-hara.
Lagenda planet Marikh berterusan dan sentiasa menjadi bahan kontroversi. Pada Julai 1976, prob tanpa pemandu, Viking I telah menghantar kembali sekeping imej yang memaparkan salah satu kawasan di planet tersebut yang dikenali Cydonia Mesas. Imej tersebut terhasil dalam bentuk hitam putih. Apa yang mengejutkan mengenai imej tersebut adalah imej permukaan di Cydonia Mesas itu mirip kepada bentuk wajah manusia. Bagi Richard Hoagland, ia adalah bukti sebenar kepada kehidupan lampau di planet yang pernah yang mempunyai tamadun yang hebat. Ia turut disokong oleh seorang journalis, Walter Cronkite. Sejak daripada detik Julai 1976,  bertambah ramai penduduk dunia percaya bahawa planet Marikh sememangnya berpenghuni ataupun sekurang-kurangnya pernah dihuni oleh makhluk yang benar-benar hebat dan cerdik.
Akan tetapi benarkah planet Marikh berpenghuni atau pernah berpenghuni sebagaimana yang didakwa? Bagi seorang pengemar teori konspirasi, ia adalah sesuatu yang hebat yang diperkatakan. Akan tetapi, bagi seorang saintis, ia adalah sesuatu yang perlu dikaji dan diselidiki dahulu kerana bagi mereka, banyak lagi kawasan dan material-material daripada planet tersebut yang perlu diselidik untuk dijadikan asas kepada sesuatu teori.

Konspirasi melibatkan planet Marikh
Setelah isu batuan yang mirip wajah manusia pada tahun 1976, banyak lagi kontroversi dan misteri menyelubungi planet ini. Namun, ia langsung tidak meredakan lagenda kehidupan di planet Marikh. Ia ditambah dengan institusi yang bertanggungjawab dengan penerokaan luar angkasa iaitu NASA dilihat seperti sengaja untuk menyembunyi banyak bukti dan fakta penting mengenai planet Marikh.

Langit Marikh berwarna Biru?
Sekian banyak konspirasi dan kontroversi menyelubungi planet berwarna perang kemerah-merahan ini, namun ia tidak dapat dikalahkan melalui kontroversi yang telah dicetuskan oleh para pengkaji tegar planet Marikh apabila mereka menuduh NASA telah sengaja menyembunyikan fakta penting berkenaan warna sebenar langit planet Marikh.
Mereka mendakwa langit planet Marikh sebenarnya adalah berwarna biru persis langit bumi dan bukannya berwarna merah sepertimana yang kita ketahui pada hari ini. Ia disokong oleh saintis yang digelar Jet Propulsion Labaratory(JPL) yang mendedahkan bahawa Planet Marikh sebenarnya mempunyai langit yang berwarna biru sepertimana langit bumi dan ia hanya akan bertukar perang apabila menjelang senja dan mengalami ribut pasir yang dasyhat.! Fakta yang didedahkan oleh saintis daripada JPL ini telah mengoncangkan kewibawaan institusi berprestij seperti NASA.
Tiga saintis JPL sedang menjelaskan mengenai isu langit biru di Marikh.
Imej yang telah diubah oleh NASA.
Imej di Marikh yang sebenarnya. Kelihatan langit berwarna biru dan bukannya perang seperti yang sebelumnya.



Pendedahan imej beresolusi tinggi
Imej pepohon di Kutub Marikh
Tidak seperti imej yang didedahkan pada tahun 1976, imej yang didedahkan baru-baru ini jauh lebih jelas dan beresolusi tinggi. Ia sebenarnya telah membantu para pengemar lagenda planet Marikh untuk terus meneliti dan mengkaji setiap gambar dan imej yang didedahkan oleh NASA dan institusi-institusi lain. Antara imej yang sangat mengejutkan adalah imej yang memaparkan rimbunan hutan di kutub utara yang seakan-akan diselaputi oleh salji. Imej yang sangat jelas itu menarik minat pengemar lagenda Marikh untuk mengaitkan Marikh sebagai penempatan yang seterusnya jika Bumi tidak boleh dihuni lagi.

pepohon di kutub planet Marikh.









Imej Danau dan Hutan Belantara
Imej yang seterusnya pula adalah danau dan tasik yang seakan-akan imej yang diambil di hutan Amazon. Ia terus melonjakkan rasa ingin tahu ramai orang kerana danau diketahui sebagai punca utama air dan mineral-mineral yang diperlukan hidupan.
Danau dan hutan belantara.







Imej Lautan dan Sungai Mengalir
Tidak cukup dengan itu, imej lautan turut berjaya dirakam oleh satelit yang mengelilingi Planet Marikh. Ia jelas sekali menunjukkan paras air yang membatasi tebing. Bergitu juga dengan imej aliran sungai yang sangat mengujakan.

Jelas kelihatan aliran sungai di Marikh.Kelihatan mendapan tanah di tepi aliran sungai.



Kelihatan lautan dan paras tebing yang seakan-akan imej yang dipaparkan di Bumi.

  







Imej Tiub-tiub gergasi
Pendedahan imej yang dilakukan oleh Richard Hoagland di dalam laman web kelolaannya jelas menunjukkan tiub gergasi yang berada di Marikh. Apakah ia tinggalan tamadun lampau atau ia adalah rupabentuk semulajadi di Planet Marikh?
Kelihatan terusan atau tiub yang dipaparkan oleh imej dihantar oleh satelit yang mengelilingi Marikh.










Imej Fosil yang terdedah di permukaan Marikh
Teori hidupan di planet Marikh terus menerus menjadi pendebatan apabila banyak imej yang dihantar menunjukkan pelbagai bentuk fosil. Ia boleh dilihat dengan beberapa imej di bawah. Bandingkan dengan fosil-fosil yang berjaya ditemui di bumi. Adakah ia sama seperti di Marikh?
Imej tengkorak yang jelas kelihatan di Marikh.
Cuba bandingkan.








Imej Tamadun dan Bandar di Marikh
Tidak lengkap artikel ini jika tidak dimasukkan dengan imej yang menyerupai bandar di Planet Marikh. Pembaca boleh menilai sendiri beberapa imej yang dipaparkan di bawah.
Tamadun di Marikh?






Persoalannya sekarang, kenapa NASA masih berdalih dengan setiap bukti yang dikaitkan dengan kehidupan di Marikh. Apakah ia menunjukkan bahawa NASA mempunyai agenda lain yang mesti dirahsiakan daripada umum? Atau adakah NASA telah menemui bukti bahawa terdapat hidupan di Marikh namun mereka menyembunyikannya kerana bimbang ia akan cuba diterokai pula oleh negara-negara yang menjadi musuh Amerika Syarikat. Walauapapun teori yang dikemukakan, kita hanya tunggu dan lihat apa yang seterusnya didedahkan oleh NASA mahupun pakar teori dan konspirasi Planet Marikh mengenai planet yang bermisteri ini.

15 March 2011

kedasyhatan Tsunami Jepun!

Facebook  telah memplot peta menunjukkan bagaimana gempa bumi dan tsunami di Jepun telah tersebar ke seluruh dunia sejam selepas bencana memusnahkan tersebut berlaku. Ia lebih cepat daripada medium infomasi yang lain termasuklah akhbar-akhbar online terkemuka.
Facebook antara lain menunjukkan pemetaan status berkaitan dengan kata kunci ‘earthquake’, ‘tsunami’ dan ‘Japan’ daripada pukul 10.37pm pada hari Khamis sehingga 12.45pm pada hari Jumaat mengikut aturan jam Pacific Coast.
Kebanyakkan aktiviti ‘update status’ yang dilakukan oleh pengguna Facebook di kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur Amerika Syarikat, Eropah Utara serta Asia Tenggara berkaitan dengan tsunami di Jepun menunjukkan minat mereka terhadap bencana yang berlaku di luar pantai Sendai tersebut.
Jurucakap mereka berkata, “Ia menunjukkan buat pertama kalinya, percikan perbualan di Facebook untuk mengetahui apa yang berlaku dan orang ramai menggunakannya bagi merapatkan hubungan antara keluarga dan rakan-rakan.”
 
Bernasib baik

Foto-foto terbaru yang dikeluarkan oleh Dailymail:

Gambar daripada satelit NASA ini menunjukkan sebelum dan selepas Tsunami melanda Jepun.

Pusat penapisan petroleum di Shiagama di Miyagi mengalami kebakaran teruk.
Bomba melakukan konvoi ke Bandar Natory
Sebuah kereta terdampar di atas sebuah bangunan kecil di Sendai.
Kenderaan yang bakal dieksport ini musnah teruk dilanda tsunami. Diambil di perkampungan Tokai.
Sebuah kapal terdampar di Hachinohe, Aomori di utara Jepun.
Gambari ini diambil pada Jumaat lalu menunjukkan ledakan tsunami melanda Bandar Miyako(lihat papan tanda).
Seorang wanita yang kehilangan suami sedang mencari orang tersayang di sekitar Minami Sanriku.
Home Guard berusaha memberi perkhidmatan terbaik buat warganya di Minami Sanriku.
Benteng sungai di Sendai musnah teruk dilanda tsunami.

Kereta yang bakal dieksport musnah akibat Tsunami. Imej ini diambil di bandar Hitachinaka.
Gelombang pemusnah(ombak perang) sedang menuju ke bandar Hitachinaka,Ibaraki sejam selepas gempa bumi 8.9 skala Richter berlaku. Kelihatan kereta masih lagi melintasi jambatan di bandar tersebut.
Imej tsunami ini dirakam di Pantai Natori, Miyagi Prefecture. Lihat dan perhati betapa besarnya ombak tersebut.
Runtuhan rumah dikelilingi dengan serpihan kayu dan konkrit namun tidak pula disaksikan mayat-mayat bergelimpangan sepertimana berlaku di Acheh. Imej ini dirakam di Bandar Iwaki,Fukushima Prefecture.
Imej kemusnahan ini dirakam di Kesennuma,Miyagi,utara Jepun.
Kebakaran yang berlaku di wilayah Miyagi.
Jalan berlipat dan pecah di sebuah jalan di Fukushima.
Pusaran air yang berlaku setelah tsunami mula reda di Pelabuhan Oarai, Ibaraki.
Banjir lumpur mula melimpahi kawasan lapangan terbang di Sendai.
Berdozen-dozen rumah dibawa arus deras tsunami.
Kebakaran berlaku di Ichihara setelah digoncangkan oleh gempa bumi.
Gelombang tsunami dilihat daripada kejauhan.
Tiga pekerja melihat kilang tempat mereka mencari nafkah di Sukagawa, Fukushima.
Dua gadis melangkah di sebuah jalan di Bandar Urayasu,Chiba.
Api menjulang beberapa kaki ke udara setelah tempat pemprosesan gas asli meletup di Chiba, berhampiran bandar Tokyo.
Api merebak dengan cepat di kawasan perumahan di Yamada,utara Jepun.
Jalan terbelah di Satte,kepulauan Honshu.
Kedashyatan tsunami dengan ombak gadang mula menghayutkan segala benda yang berada di hadapannya.


08 March 2011

Pembinaan Kaabah lambang ketakwaan kepada Allah swt

Sejarah pembinaan Kaabah(Baitullah)

SEJARAH ibadat haji di Tanah Suci Mekah bermula ketika Nabi Adam as diperintahkan turun ke bumi oleh Allah swt. Sejurus beberapa ketika di muka bumi, Allah swt memerintahkan baginda mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit. Baitul Makmur adalah tempat ibadat para penghuni langit mengerjakan ibadat tawaf sepertimana yang dilakukan oleh penghuni bumi di Baitulullah(membawa maksud Rumah Allah). Baitul Makmur terletak di langit ketujuh.
Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Mekah dipilih sebagai tempat pembinaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat. Diibaratkan bahawa jika Baitul Makmur jatuh ke muka bumi, maka ia akan terhempap ke Baitullah di Mekah disebabkan kesejajarannya itu.
Baitul Makmur adalah tempat khusus yang dicipta Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.
Ini kerana Arasy kawasannya amatlah luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari kiamat.
Sebelum terciptanya Baitul Makmur, para malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada AllahYang Maha Agung.
Kaabah Binaan Pertama Manusia untuk mengesakan Allah swt
Mengenai pembinaan Baitullah atau Kaabah sebagai binaan pertama manusia bagi tujuan ibadat kepada Allah swt, ia dapat dirujuk daripada firman Allah dalam surah al-Imran ayat 96 yang bermaksud:,
 “Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula sekali dibina untuk manusia ialah Baitullah di Makkah yang berkat dan menjadi petunjuk bagi umat manusia.”
Sebaik saja semua urusan pembinaannya selesai, Allah memerintahkan Nabi Adam serta keluarganya mengerjakan ibadat tawaf di situ sepertimana yang dilakukan oleh para malaikat dan penghuni langit di Baitul Makmur.

Tempat Ibadat Para Malaikat di bumi
Selain daripada menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, Baitullah di Mekah turut menjadi tempat tawaf para malaikat yang ditugaskan di muka bumi ini. Ia turut menjadi tumpuan para auwliya Allah dan orang alim daripada seluruh dunia kerana keberkatan bumi Allah Mekah ini.
Keberkatan kota Mekah yang menempatkan Baitullah ini adalah hasil doa Nabi Ibrahim as yang memohon kepada Allah swt untuk mengutuskan seorang Rasul bagi membimbing penduduk Mekah. Ia telah telah terakam dalam Al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 129 :
Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

Kaabah selepas Wafatnya Nabi Adam as
Selepas Nabi Adam as wafat, binaan Kaabah beransur-ansur reput. Diriwayatkan bahawa binaan pertama daripada Nabi Adam as hanya diperbuat daripada kepingan-kepingan kayu yang disusun berbentuk segi empat sama dan tidak berbumbung.
Seterusnya, Allah memerintahkan salah seorang daripada putera Adam iaitu Syith as untuk membina semula Kaabah di tempat sama. Syith as juga merupakan seorang Nabi Allah yang diutuskan Allah swt sebagai pengganti Nabi Adam as. Lahirnya Syith as adalah sebagai galang ganti kepada Habil as yang telah dibunuh oleh abangnya, Qabil. Diriwayatkan bahawa Nabi Adam as tersangat sedih atas kematian Habil as yang dikasihinya dan dengan itu Allah swt telah mengurnaikan seorang anak iaitu Syith as dengan rupa dan ketakwaannya persis Nabi Adam as.
Namun, banjir besar yang melanda pada zaman Nabi Nuh telah meruntuhkan binaan Kaabah sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah.
Terkenal dengan kepatuhannya kepada perintah Allah swt, Nabi Ibrahim as dan anaknya, Nabi Ismail as membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith as yang runtuh akibat banjir dan taufan  pada zaman Nabi Nuh itu.
Ini disebut dalam firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 26 hingga 27,
“Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun dengan-Ku dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud.”
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai-bagai jalan yang jauh.”

Firman Allah lagi dalam ayat 29 bermaksud,
 “Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah yang tua sejarahnya itu.”
  
Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim as
Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Makkah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.


Bersembahyang di hadapan makam Ibrahim.
Selepas menyempurnakan binaan itu, Nabi Ibrahim dan keluarganya diperintahkan pula mengerjakan ibadat tawaf mengelilingi Kaabah sebagai sebahagian daripada ibadat haji.

Pembinaan dan Pembaikpulih Kaabah sepanjang Zaman
Beberapa ratus tahun selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, usaha membaik-pulih dan membina semula Kaabah telah dilaksanakan secara berterusan. Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali sejak pembinaan pertamanya oleh Nabi Adam as. Para Sejarahwan pula berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali.
Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut:
  • Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci.
  • Dinding Hatim adalah 33 kaki.
  • Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki.
  • Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW).
Pembinaan semula Kaabah juga pernah dilakukan oleh kaum Quraish ketika zaman Rasulullah saw. Dalam peristiwa ini, Rasullulah saw turut mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Dalam peristiwa inilah Rasullulah terkenal di seluruh Mekah dengan gelaran al-Amin.
Antara proses pembaikpulih lain yang pernah dilakukan oleh masyarakat setempat adalah membaiki kerosakan tanpa mengubah bentuk atau ukuran Kaabah oleh kaum Analagh, Kaabah dibina semula oleh puak Jurhum selepas sebahagian dinding Kaabah runtuh kerana banjir besar di Kota Mekah.
Kemudian Kaabah diperbaiki lagi dengan:
  • Membuat pintu serta pemasangan kelambu Kaabah oleh seorang raja dari Yaman.
  • Pembinaan bumbung Kaabah semasa pemerintahan Qusai bin Kilab.
  • Pembinaan semula Kaabah oleh Kaum Quraisy dengan berpandukan batu asas hasil binaan Nabi Ibrahim.
  • Kerja membaiki Kaabah diteruskan oleh panglima Hajjaj pada zaman Khalifah Abdul Malik dan pembinaan semula Kaabah pada 1037 berikutan kerosakan banjir besar di Kota Mekah.
Struktur Kaabah

Pandangan Pelan Baitullah.
Seni bina
Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitul Ateeq yang bermaksud paling awal dan paling lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.

Kaabah juga digelar dengan Baitul Ateeq kerana sejarahnya yang lama dan tua.
Binaan dalam


Struktur di dalam Kaabah
Apa yang ada dalam Kaabah?
1) Wangian yang amat harum, campuran dari kasturi, ‘anbar dan ‘ud yang digunakan dalam jumlah yang banyak setiap kali Kaabah dibersihkan dan digunakan sepanjang tahun.
2) Ditutupi lantainya berwarna putih di tengah, sementara hitam di bahagian tepinya, dan menaik ke tepi sehingga setinggi 4 meter, tanpa menyentuh dinding asalnya. Dinding asalnya pula setinggi 5 meter lagi selepas dari dinding tadi, dan ditutup pula dengan kain berwarna hijau atau langsir berwarna merah ros, dihiasi dengan Ayat Al-Quran yang ditulis dengan perak.Selain itu,terdapat juga di lantainya tanda tempat sujud Rasullulah saw dan juga multazam, di mana beliau melekatkan perut baginda yang mulia serta pipi kanan, lalu mengangkat tangan dan berdoa.
3) Terdapat 3 batang tiang kayu yang diukir dengan begitu cantik, untuk menyokong bumbung. Tingginya lebih kurang 9 meter.

Perhatikan tiga buah tiang yang tersergam di dalam Kaabah.(rujuk gambar struktur Kaabah)

Bulatan merah menunjukkan salah satu daripada tiang di dalam Kaabah.
4) Beberapa buah lampu pelita dari tembaga, kaca dan perak yang diukir padanya Ayat suci Al-Quran. Ia wujud sejak zaman pemerintahan khalifah Uthman.
5) Tangga yang dapat dipanjat sampai ke bumbung diperbuat dari aluminium dan kristal.
6) Beberapa kepingan batu bekas tinggalan setiap zaman yang ada pembaikpulihan Kaabah.
7) Selain itu kadangkala terdapat alat pengangkut ke atas (man-lift) untuk kerja-kerja pembersihan Kaabah, selain alat-alat untuk membersihkan Kaabah.


Pembersihan Kaabah yang berkala
Pembersihan Kaabah yang mulia di sebelah dalam pula dilakukan sekali setahun. Pertamanya dibasuh dengan air dan sabun. Kemudian disapukan seluruh dinding dan lantainya dengan wangian dari setiap jenisnya dan dibakar bukhur yang terwangi dan terbaik. Ia dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi.
Info Ka’abah
  • Di dalam Ka`bah terdapat 3 buah tiang yang dibuat daripada kayu dan besarnya kira-kira setengah meter, berwarna merah kekuningan. Menurut sejarahnya, tiang itu dipasang oleh sahabat Rasullulah saw iaitu Abdullah bin Zubair r.a. ketika beliau membangun kembali Kaabah pada generasi yang kesepuluh pada tahun 64-65H, bertepatan dengan 683M.

  • Lantai Kaabah adalah marmar putih dan hanya sedikit yang berwarna lain. Dindingnya marmar berwarna, dihiasi dengan ukiran-ukiran dan pahatan yang indah.

  • Bahagian atas Kaabah ditutup dengan kain sutera berwarna merah mawar, dihiasi dengan tulisan yang dengan benang putih dan bentuk huruf د(dal) atau angka lapan dalam sistem nombor Arab. Angka lapan itu membawa erti:
“Mahasuci Allah dan Segala Puji Baginya, Mahasuci Allah yang Maha Agung”.

  • Di samping itu terdapat bulatan-bulatan yang masing-masing tertulis kata-kata yang ertinya:
“Wahai yang Maha Penyayang, Wahai yang Maha Kuasa, Wahai yang Banyak KurniaNya, Wahai yang Maha  Suci”.

  • Kain penutup atas Kaabah atau Sitarah mula diperbuat pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan pada tahun 1290H.

  • Pintu Kaabah dan pintu untuk naik ke loteng (sutuh) ditutup dengan kain sutera hitam, disulam dengan benang emas.

  • Diantara 3 tiang besar dipasang kayu penyangga yang melintang dari utara ke selatan, tingginya kira-kira 2/3 daripada tinggi Kaabah. Di sana digantungkan beberapa tapak lilin(candlestick), lampu beraneka ragam dan barang-barang berharga yang diperbuat daripada emas dan perak serta hadiah-hadiah yang diterima Kaabah sejak zaman dahulu.

  • Diriwayatkan bahawa tanduk kibas milik Nabi Ibrahim a.s. ketika peristiwa Korban Nabi Ismail as pernah disimpan di dalam Kaabah. Namun kerana Kaabah pernah mengalami kebakaran iaitu pada hari Sabtu tanggal 3 Rabiul Awal tahun 64H, maka tanduk kibas itu telah turut sama terbakar dan generasi pada masa kini tidak dapat lagi menyaksi relik bersejarah itu.

  • Pada dinding Ka`abah terdapat 7 buah kepingan batu mammar bertulis. Semua tulisan dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim. Keterangan ringkas mengenai ketujuh marmar itu adalah seperti berikut: 1.Kepingan mammar pertama dibuat pada bulan Rejab tahun 884H atas perintah Sultan Abu Nasher Faitibeik.
    2.Kepingan marmar kedua dipasang pada dinding tangga Ka`abah untuk naik ke loteng dalam bentuk lima baik syair, dibuat pada tahun 1109H oleh Ahmad Beik Syeikh al-Haram Makkah.
    3.Kepingan marmar ketiga dipasang pada dinding bahagian barat, di buat atas perintah Imam Besar Abu Jaafar al-Mansur al-Mustanshir billah Amiril Mu`minin, tahun 629H.
    4.Kepingan marmar keempat dipasang di dinding bahagian barat, di samping marmar ketiga, dibuat atas perintah Yusuf bin Umar bin Ali bin Muhammad pada tahun 680H.
    5.Kepingan marmar kelima dipasang pada dinding barat, di samping marmar keempat, dibuat atas perintah Sultan Murad Khan bin Sultan Ahmad Khan pada akhir bulan Ramadan tahun 1040H.
    6.Kepingan marmar keenam dipasang di samping kepingan marmar kelima, dibuat atas perintah Sultan Muhammad Khan pada tahun 1070H.
    7.Kepingan marmar ketujuh dipasang berdampingan dengan kepingan marmar keenam, dibuat atas perintah Sultan Malik Abu el-Nasr Barsibari pada tahun 826H.
Gambar Lama Musim Haji